Salam sejahtera

Pada 29 september yang lalu, kami telah menerima kedatangan pelajar-pelajarĀ  sekolah rendah yang bercuti di Kuching. Mereka telah memilih untuk menginap di homestay kami selama 4 hari 3 malam. Kami juga menguruskan pengangkutan mereka iaitu bas sekolah 40 seater beserta pemandu.

Ini adalah kali ke 3 sekolah tersebut mengunakan homestay dan juga transport dari syarikat kami.

sewa homestay di kuching

Kami berusaha dengan bersungguh sungguh untuk mengekalkan kualiti servis yang ditawarkan oleh homestay dan transport kami supaya pelajar-pelajar tersebut merasa selesa sepanjang berada di bawah jagaan kami.

Terima kasih